Wajah Baru 2010

Bermula April 2010 berlaku pertukaran dalam pengurusan PKG Batu Kikir. En. Dzulkafi telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri sembilan di Port Dickson. Buat masa ini tugas beliau dipangku oleh En. Sharizan Ibrahim iaitu pegawai teknologi pendidikan 2, yang baru berpindah dari PKG Lui.

Untuk makluman anda, Encik Sharizan Ibrahim dibantu oleh dua orang staff pkg iaitu Cik Nik Nurulidayu bt Nek Mat sebagai N17 serta Cik Nurul Aina bt Abdul Razak iaitu FT17. Sebarang pertanyaan berkaitan pengurusan PSS, Pemantauan IQ PSS, Pemantauan SPPICTS dan sebagainya anda boleh berhubung terus dengan En. Sharizan Ibrahim, Cik Nik Nurulidayu atau Cik Nurul Aina.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bermula bulan April ini juga PKG Batu Kikir telah berwajah baru. Kerja-kerja penyusunan semula perabot dan ruang dalam dan luar PKG telah memberi keselesaan dan keceriaan kepada pengunjung. Diharapkan dengan keselesaan dan kemudahan ini dapat mengamit pengunjung terutama guru-guru sekolah ahli pkg datang ke PKG Batu Kikir.