MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MENGUKUHKAN BAHASA INGGERIS

RASIONAL

Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Mathematics di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

PELAKSANAAN

Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada masa yang sama BC digunakan di SJKC dan BT di SJKT

Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi

Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun

Bermula pada tahun 2012

Peperiksaan SPM Sains dan Mathematics dalam dwi bahasa sehingga 2015

STRATEGI MENINGKATKAN PENGUASAAN B. INGGERIS

Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA

Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)

Menyediakan bahan bacaan BI

Memperkenalkan language arts dalam P&P BI

STRATEGI MEMARTABATKAN B.MELAYU

P&P Sains dan Matematik dalam BM di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, BC di SJKC dan BT di SJKT

Menambah waktu P&P BM di SJKC dan SJKT

Menggunakan ICT dalam P&P BM

Menyediakan bahan bacaan BM

Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P BI

Waktu P&P Bahasa Inggeris di SK & SM di tambah

TAHAP                      SEDIA ADA           TAMBAHAN                JUMLAH

i                                        240 minit                90 minit                       330 minit

ii                                        210 minit                 90 minit                      330 minit

TINGKATAN            SEDIA ADA           TAMBAHAN                JUMLAH

1 – 3                                  220 minit               80 minit                         280 minit

4 – 5                                  220 minit               80 minit                         280 minit

6A – 6B                             320 minit               80 minit                         400 minit

Peluasan Penggunaan ICT Dalam P&P

-Komputer Notebook

-Projektor LCD

-Menambah baik fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa

-Perisian

SUMBER MAKLUMAT:

http://suzanalelawatty.blogspot.com/2009/07/ppsmi-ditukarkan-kpd-mbmmbi.html

 

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) akan berusaha lebih gigih untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan matlamat kerajaan dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program literasi kepada murid sekolah rendah akan lebih tertumpu kepada kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dalam semua aliran pendidikan.

“Ini bagi memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain dalam satu bahasa yang akan mewujudkan semangat perpaduan dan muhibah di kalangan rakyat pelbagai kaum,” kata ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2010 baru-baru ini.

Menurutnya, KPM juga akan melaksanakan transformasi bahasa Malaysia dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang, dan holistik.

“Untuk berjaya pada peringkat antarabangsa, kita perlu menguasai bukan sahaja satu bahasa malah pelbagai bahasa antarabangsa.

“Bagi tujuan itu, KPM telah mengambil langkah untuk memperkukuhkan penguasaan dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua negara, lantas dapat meningkatkan keupayaan murid menguasai ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi, serta mempersiapkan mereka menghadapi persaingan arus globalisasi, selain menggalakkan murid menguasai bahasa-bahasa antarabangsa lain di dunia,” jelas beliau yang juga Menteri Pelajaran.

Antara usaha yang dijalankan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan menambah bilangan guru bahasa Inggeris berkualiti melalui latihan perguruan menggunakan jurulatih utama dari luar negara atau penutur jati bahasa tersebut.

Selain itu katanya, penambahan masa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebanyak 90 minit untuk Sekolah Kebangsaan dan 60 minit untuk Sekolah Jenis Kebangsaan membuktikan kesungguhan KPM untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

“Sebanyak empat IPG dan English Language Training Centre (ELTC) telah dikenalpasti sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris’.

Semua IPG ini akan melaksanakan pelan tindakan untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru pelatih dan dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun berikutnya,” katanya.

 

SUMBER MAKLUMAT:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5565%3Akpm-komited-terhadap-mbmmbi&catid=385%3Ainfo-ringkas&Itemid=10

This entry was posted on October 28, 2010, in kiriman. Bookmark the permalink.