Program Kem Membaca 1Malaysia

 

Buku Program Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysi Peringkat Negeri Sembilan

di SK serting Felda pada 08 November 2010

 

1. LATAR BELAKANG

1.1         Pekeliling lkhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 telah menyatakan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah seluruh negara. Selain itu, usaha ke arah galakan membaca wajar digerakkan untuk menyokong hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menarik minat murid untuk lebih banyak membaca.

1.2         Program NILAM merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekolah perlu mengadakan aktiviti‑aktiviti galakan membaca secara berperingkat dan berterusan meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan. Justeru, satu strategi yang berkesan perlu dilaksanakan untuk memperhebatkan lagi pencapaian Program NILAM ke tahap yang lebih baik dan menyeluruh.

1.3       Berdasarkan analisis pelaksanaan Program NILAM tahun 2009, kadar bacaan murid semakin meningkat. Kadar bacaan murid sekolah rendah ialah 15 buah bagi setiap murid manakala kadar bacaan murid sekolah menengah ialah 10 buah buku bagi setiap murid. Namun begitu program galakan membaca perlu diperhebat dan diteruskan dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan dinamik.

1.4       Ruang dan peluang perlu diberi tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosio ekonomi agar anak-anak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkampuan memandangkan ilmu menjadi prasyarat dalam pembinaan tamadun.

1.5   Justeru, bagi merealisasikan satu daripada KPI Menteri Pelajaran Malaysia  iaitu  “100% murid normal mencapai kemahiran literasi dan numerasi selepas 3 tahun sekolah rendah   menjelang tahun 2015”.

 

2.OBJEKTIF

2.1       Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan

2.2      Mengerakkan program/aktiviti galakan membaca

2.3      Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya semasa

waktu cuti sekolah dan juga sepanjang hayat)

2.4       Menjadikan PSS/perpustakaan negeri dan perpustakaan desa sebagai tempat rujukan bahan bacaan.

 

3. SASARAN

3.1     Semua murid sekolah khasnya murid lepas UPSR dan PMR.

 

4. PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN

4.1         Kem Membaca 1Malaysia 2010 akan diadakan secara serentak di seluruh     negara. Tarikh pelaksanaan ialah mulai 8 hingga 12 November 2010.

 

4.2       Majlis Pelancaran dicadangkan diadakan di SJK(C) Tsun Jin, WP Kuala Lumpur pada 8 November 2010 pada jam 9.30 pagi.

4.2.1  Perasmi VVIP dicadangkan YAB Timbalan Perdana Menteri   merangkap Menteri Pelajaran.

4.2.2     Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2010 diadakan serentak di semua sekolah seluruh negara pada 8 November 2010.

4.2.3     1005 buah sekolah terpilih akan menyertai Program READ2010 pada 8 November 2010, tepat jam 9.30 pagi bagi memecah Malaysian Book of Records. Sekolah yang disenaraikan perlu mendaftar melalui www.read2010.com.my dan 50 buah buku secara percuma akan disumbangkan kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian.

4.2.4     Program satu minggu ini dilaksanakan bersama JPN, BTPN, PKG dan Sekolah dengan kerjasama rakan perkongsian pintar (agensi luar) seperti PNM, IPTA/IPTS, RHB,MBKM,The Asia Foundation,Scholastic(M), MABOPA dll.

4.2.5     Tetamu yang terlibat dalam majlis pelancaran di anggarkan seramai 1000 orang termasuk murid sekolah.

 

4.3         Tema:   Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia

 

Ulasannya – Seperti mana yang difahami, konsep 1Malaysia bukanlah suatu dasar yang ’rigid’ mahupun ianya satu retorik agung yang perlu dilaksanakan secara konkrit.

Lebih dari itu, semua rakyat Malaysia, tidak mengira agama, kaum atau bangsa, perlu memahaminya dari satu aspek, iaitu ”rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”

Sejajar dengan itu perkara teras yang harus diubah atau menjalani satu evolusi kesefahaman konsep tersebut adalah melalui pemikiran yang positif, dapat menerima pandangan serta keperluan semua rakyat (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan). Cara terbaik untuk mengubah kefahaman ini adalah melalui penjanaan pemikiran yang dapat menerima input-input baru dan ini boleh direalisasikan melalui membaca.

 

4.4 Kaedah Pelaksanaan Program Kem Membaca 1Malaysia 2010

4.4.1 Cadangan Aktiviti-aktiviti;

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dan boleh dilaksanakan     di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah semasa Kem Membaca 1Malaysia 2010 dari 8 hingga 12 November 2010 iaitu:-

Tarikh Sekolah Rendah Sekolah Menengah
8.11.2010 Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia

9.11.2010

a. 10 minit bersama bukub. Projek Kitar Semula- Sayangi Bumi Kita a. Membaca 10 minitb. Projek Kitar Semula- 

Sayangi Bumi Kita

10.11.2010 Sesi Bercerita & Pertandingan Mewarna Pertandingan Pidato, Perbahasan / Public speaking
11.11.2009 Jejak maklumat Klinik membaca
12.11.2010 Majlis Penyampaian hadiah peringkat sekolah
About these ads