Archives

Nilai dan Etika Penjawat Awam

PENTINGNYA NILAI DAN ETIKA KERJA

  • KUALITI SUMBER MANUSIA PENTING DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
  • MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG ERAT DENGAN KECEMERLANG DAN KEJAYAAN NEGARA
  • SENJATA UTAMA MENCAPAI KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN AWAM

MATLAMAT ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

  • MENINGKATKAN PRESTASI PERKHIDMATAN DAN KUALITI PENGELUARAN
  • MENGWUJUDKAN ANGGOTA YANG BERSIH, CEKAP, AMANAH DAN BERAKAUNTABILITI
  • MELAHIRKAN ORGANISASI YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN DIYAKINI RAKYAT

CIRI PENJAWAT AWAM YANG BERKUALITI

  • KEUNGGULAN PERIBADI
  • KOMPETENSI PROFESIONALISMA

USAHA-USAHA KE ARAH PENERAPAN NILAI DAN ETIKA

Langkah-langkah penerapan nilai dan etika yang telah diambil oleh kerajaan

adalah:

  • Panduan Perkhidmatan Cemerlang
  • Penggunaan Kad Perakam Waktu
  • Kempen ‘Bersih Cekap Amanah’
  • Dasar Pandang ke Timur
  • Penggunaan Tanda Nama
  • Kepimpinan Melalui Teladan
  • Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran
  • Panel Memajukan Pentadbiran Awam
  • Buku ‘Etika Kerja Islam’
  • Gerakan Budaya Kerja Cemerlang
  • Pengurusan Kualiti dalam Perkhidmatan Awam
  • Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
  • Tonggak 12
  • Wawasan 2020
  • Rukunegara

PERKARA-PERKARA ASAS DALAM NILAI DAN ETIKA

Teras Perkhidmatan Awam:

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  • Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
  • Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama

Rujukan:

http://www.scribd.com/doc/3652991/NILAI-DAN-ETIKA-PENJAWAT-AWAM

Advertisements

Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan  Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

sumber rujukan:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha

 

4 petanda bagaimana nak kenal pasti pemikiran negatif dalam diri seseorang.

4 petanda Bagaimana Hendak Kenal Pasti Pemikiran Negatif Dalam Diri Seseorang:

1. Lihat pada kata-katanya.

Orang berfikiran negatif biasanya suka merendah-rendahkan, mengetawakan kesilapan, membanding-banding, bercakap penuh ego. Dia tidak ada empati (memahami orang lain) dan tidak ada sikap merendah diri (humble). Dia banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan dia lebih bagus, sedangkan dia masih lum mencapai apa-apa kejayaan hebat.

2. Lihat pada perbuataannya.

Biasanya dia lebih banyak cakap dari buat. Dia akan banyak berlagak hanya kerana dia tidak mahu kalah pada pencapaian orang yang jauh lebih bagus. Dia banyak mempertikaikan, kurang berusaha membaguskan pencapaiannya. Dia suka mengomen, mengomplen dan mengkritik.

3.Lihat pada hidupnya.

Pemikiran negatif menjadikan dia tak ada inisiatif nak mencapai kejayaan, kebahagiaan juga ketenangan. Orang berpemikiran negatif masih tak dapat mencapai apa-apa sebab dia terlalu sibuk mengambil tahu hal orang lain dari sibuk memajukan diri sendiri. Hidupnya bermasalah, dengan pasangan hidupnya ada saja yang tak kena.

4. Bila di tegur, dia melenting pula.

Orang berpemikiran negatif anggap teguran sebagai merendah-rendahkan maruah. Dia tidak akan menerima teguran sebagai benda untuk memajukan diri. Ego mendorong dia melenting pada teguran.

Jika Anda dapat melihat SALAH SATU daripada 4 petanda di atas, maka orang itu ternyata ada mindset negatif.

SUMBER RUJUKAN:

http://www.imotivasi.com/category/motivasi-diri

Petua-petua Meningkatkan Kebahagiaan Hidup

1. Bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada anda.

2. Tatapkan matlamat-matlamat yang dapat menyumbang terhadap kebahagiaan hidup anda.

3. Bangunlah dengan perasaan gembira dan mulakan setiap hari dengan fikiran yang positif.

4. Jauhkan diri daripada orang yang bersifat negatif.

5. Senyumlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

6. Jangan risau tentang sesuatu perkara diluar kawalan anda.

7. Amalkan kehidupan yang seimbang.

8. Asaskan hubungan yang mesra dengan orang lain.

9. Jangan berdendam. Berilah peluanag kepada orang lain untuk memulihkan hubungan.

10. Elakkan daripada bertengkar dengan orang lain.

11. Kekalkan kesihatan fizikal anda melalui pemakanan yang sesuai, senaman dan rehat yang mencukupi.

12. Bertindaklah secara tenang dan bijaksana seberapa yang boleh tanpa menghiraukan apa yang berlaku.

13.Belajar daripada kesilapan lampau. rancang masa depan andadan nikmati hidup masa kini.

14. Jangan menuntut kesempurnaan daripada diri anda dan orang lain.

15. Amalkan bicara kendiri yang positif.

16. jangan berpaut pada kesilapan lampau.

17. Jauhkan daripada hutang piutang.

18. Bantulah orang yang dalam kesusahan.

sumber:

Suara MAINS

BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dan ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai,

Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

sumber maklumat:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_Raya

SYAITAN PUN TERKEJUT

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.

Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,

maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, “Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!”

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,

syaitan tersenyum lebar sambil membatin, ” Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!”

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam……

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah,

senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya’, maka syaitan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,

“Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !”

Dengan keheranan manusia ini bertanya, “Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?”.

“Aku takut !”, jawab syaitan dengan suara gemetar. “Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada “Adam”, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !”, kata syaitan sambil beredar pergi.

sumber maklumat:

http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=10150094126909358&id=1132205267

This entry was posted on October 28, 2010, in kiriman.

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MENGUKUHKAN BAHASA INGGERIS

RASIONAL

Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Mathematics di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut.

Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an.

Kebanyakkan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu.

PELAKSANAAN

Bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Pada masa yang sama BC digunakan di SJKC dan BT di SJKT

Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi

Perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun

Bermula pada tahun 2012

Peperiksaan SPM Sains dan Mathematics dalam dwi bahasa sehingga 2015

STRATEGI MENINGKATKAN PENGUASAAN B. INGGERIS

Menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA

Menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid)

Menyediakan bahan bacaan BI

Memperkenalkan language arts dalam P&P BI

STRATEGI MEMARTABATKAN B.MELAYU

P&P Sains dan Matematik dalam BM di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, BC di SJKC dan BT di SJKT

Menambah waktu P&P BM di SJKC dan SJKT

Menggunakan ICT dalam P&P BM

Menyediakan bahan bacaan BM

Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P BI

Waktu P&P Bahasa Inggeris di SK & SM di tambah

TAHAP                      SEDIA ADA           TAMBAHAN                JUMLAH

i                                        240 minit                90 minit                       330 minit

ii                                        210 minit                 90 minit                      330 minit

TINGKATAN            SEDIA ADA           TAMBAHAN                JUMLAH

1 – 3                                  220 minit               80 minit                         280 minit

4 – 5                                  220 minit               80 minit                         280 minit

6A – 6B                             320 minit               80 minit                         400 minit

Peluasan Penggunaan ICT Dalam P&P

-Komputer Notebook

-Projektor LCD

-Menambah baik fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa

-Perisian

SUMBER MAKLUMAT:

http://suzanalelawatty.blogspot.com/2009/07/ppsmi-ditukarkan-kpd-mbmmbi.html

 

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) akan berusaha lebih gigih untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan matlamat kerajaan dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program literasi kepada murid sekolah rendah akan lebih tertumpu kepada kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dalam semua aliran pendidikan.

“Ini bagi memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain dalam satu bahasa yang akan mewujudkan semangat perpaduan dan muhibah di kalangan rakyat pelbagai kaum,” kata ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2010 baru-baru ini.

Menurutnya, KPM juga akan melaksanakan transformasi bahasa Malaysia dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang, dan holistik.

“Untuk berjaya pada peringkat antarabangsa, kita perlu menguasai bukan sahaja satu bahasa malah pelbagai bahasa antarabangsa.

“Bagi tujuan itu, KPM telah mengambil langkah untuk memperkukuhkan penguasaan dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua negara, lantas dapat meningkatkan keupayaan murid menguasai ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi, serta mempersiapkan mereka menghadapi persaingan arus globalisasi, selain menggalakkan murid menguasai bahasa-bahasa antarabangsa lain di dunia,” jelas beliau yang juga Menteri Pelajaran.

Antara usaha yang dijalankan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan menambah bilangan guru bahasa Inggeris berkualiti melalui latihan perguruan menggunakan jurulatih utama dari luar negara atau penutur jati bahasa tersebut.

Selain itu katanya, penambahan masa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebanyak 90 minit untuk Sekolah Kebangsaan dan 60 minit untuk Sekolah Jenis Kebangsaan membuktikan kesungguhan KPM untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

“Sebanyak empat IPG dan English Language Training Centre (ELTC) telah dikenalpasti sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris’.

Semua IPG ini akan melaksanakan pelan tindakan untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru pelatih dan dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun berikutnya,” katanya.

 

SUMBER MAKLUMAT:

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5565%3Akpm-komited-terhadap-mbmmbi&catid=385%3Ainfo-ringkas&Itemid=10

This entry was posted on October 28, 2010, in kiriman.