Ubuntu

Apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah sebuah Sistem Pengoperasian lengkap berasaskan Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemproses perkataan, pembaca email, perisian pelayan rangkaian dan alat-alat pengaturcaraan.

Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dengan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu yang berasaskan Linux juga sangat kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian Anti-Virus untuk mempertahankan sistem komputer anda.

Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau “Long Term Support” (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat.

Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam 1 CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun.

Aplikasi Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan mempunyai grafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi kegunaan pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.

Selamat mencuba dan jika mempunyai masalah silalah menuju ke forum Ubuntu kami. Ramai pengguna-pengguna lain sedia membantu anda.

sumber maklumat:

http://www.ubuntu.com/

muatturun:

http://www.ubuntu.com/desktop/get-ubuntu/download

 

UBUNTU – LINUX UNTUK INSAN BIASA

PAUTAN YANG BERKAITAN

http://melayubuntu.blogspot.com/

http://sembangkomputer.com/

http://www.jomlinux.com