PROFIL

PENGENALAN

Pusat Kegiatan Guru Batu Kikir adalah pkg berstatus bangunan sementara yang terletak di Sekolah Kebangsaan serting Ilir, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan. PKG Batu Kikir berperanan memberi khidmat bantu kepada sekolah ahli serta warga pendidikan di Negeri Sembilan, khususnya sekolah-sekolah dalam Daerah Jempol dan Jelebu.

Pusat Kegiatan Guru Batu Kikir mempunyai ahli sebanyak 20 buah sekolah. Terdapat 7 buah sekolah menengah, 8 buah sekolah kebangsaan dan 5 buah sekolah jenis kebangsaan.

 

FUNGSI

  • Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
  • Sebagai pusat penghasilan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dibina secara kreatif dan inovatif.
  • Pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan terkini kepada guru-guru dan masyarakat setempat
  • Mewujudkan situasi perkongsian bagi meningkatkan idea,pengetahuan dan kepakaran di kalangan guru-guru dalam penggunaan teknopen.
  • Memupuk budaya permuafakatan di kalangan guru-guru setempat melalui semangat berpasukan.
  • Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
  • Sebagai pusat aktiviti profesional pendidikan bagi sekolah kelompok dan masyarakat setempat.

KONSEP

PKG adalah pemangkin untuk meransang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopen dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsafah Pendidikan Negara. PKG juga dijadikan pusat perkembangan profesional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.