J/Kuasa Pengurusan PKG

PERANAN JAWATANKUASA PENGURUSAN PKG

1.    Merancang dan menyediakan strategi untuk melaksanakan aktiviti yang dipersetujui bersama dengan bantuan kepakaran setempat. Bertanggungjawab merancang aktiviti bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan.

2. Memahami konsep dan peranan PSS untuk membantu dalam pembangunan dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Melalui refleksi serta tindakan susulan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Pusat Kegiatan Guru.

4. Melibatkan masyarakat setempat dalam aktiviti pendidikan sosial.

5. Mempertingkatkan keberkesanan setempat dalam aktiviti pendidikan sosial.

6. Sebagai pengantara / penghubung kepada :-

PKG dengan pengetua dan guru besar

PKG dengan guru – guru

PKG  dengan Jabatan Pendidikan Negeri

PKG dengan Pejabat Pelajaran Daerah

PKG dengan masyarakat setempat

PKG dengan agensi kerajaan dan swasta

7. Sama – sama membantu pelaksanaan program membina tabiat suka membaca.

8. Mempastikan pendidkan  disempurnakan pelaksanaannya dari semasa ke semasa.

/////\\\\\

PERANAN PENGERUSI PKG

1.          Mengepalai jawatankuasa pengurusan PKG

sebagai pengerusi JK Pengurusan PKG, beliau bertanggungjawab membantu merancang menyelaras program dan aktiviti PKG berasaskan keperluan setempat. Beliau bertanggungjawab mengenalpasti dan melantik guru – guru sumber dan guru – guru pakar serta pengetua dan guru besar untuk mengetuai dan mengisi AJK Biro berkaitan.

2. Pengerusi sebagai “ Role Model”

Pengerusi seharusnya mempunyai ketrampilan dari segi kepimpinan, kebolehan berkomunikasi dan mempunyai hubungan yang  baik supaya boleh menjadi  “ Role Model” kepada guru – guru sekolah  ahli kawasannya. Beliau terle bih dahulu menggalak guru – guru sekolahnya menggunakan kemudahan di PKG secara optimum untuk dijadikan contoh kepada sekolah –sekolah ahli.

3. Sebagai pemangkin atau penggerak utama

Pengerusi menjadi penggerak utam kepada perkembangan terbaru atau inovasi teknologi pendidikan peringkat setempat. Beliau boleh memainkan peranan sebagai penyumbang dan juga sebagai penyebar idea bernas untuk memajukan taraf pendidikan di sekolah melalui PKG.

Pengerusi harus bertindak sebagai pemangkin dan membantu, memberi khidmat bimbingan serta sokongan dalam pengurusan dan pentadbiran PKG. Contohnya, perjumpaan pengerusi dengan pegawai teknologi pendidikan PKG untuk mengadakan perbincangan sekerap mungkin.

4. Membantu menyelia dan memantau program dan aktiviti PKG.

Pengerusi PKG juga bertanggungjawab membantu menyelia dan memantau program teknologi pendidikan terancang dan terlaksana dengan lancar.

5.  Agen pemuafakatan

6. Pengerusi seharusnya menjadi pengantara, penghubung antara PKG,  pengetua, guru besar, guru – guru, PPD, JPN, agensi kerajaan dan swasta ke arah pemuafakatan teknologi pendidikan.

/////\\\\\

PERANAN PENGETUA DAN GURU BESAR

1.          Memberi kerjasama dan komited terhadap program dan aktiviti PKG serta peka dengan konsep wujudnya PKG seperti menggalakkan guru – guru menyertai program dan aktiviti PKG.

2. Bertindak serta memberi respon yang segera terhadap sebarang maklumat dan tindakan yang disampaikan oleh PKG.

3. Memilih guru – guru menghadiri program  dan aktiviti PKG mengikut keperluan program dan aktiviti kebolehan guru dan keperluan sekolah.

4. Sentiasa mewujudkan suasana harmoni serta membudayakan keserasian antara guru dan PKG supaya mempunyai  rasa kepunyaan.

5. Menyemai semangat kekitaan  di kalangan guru yang menyertai program dan aktiviti agar mereka tidak rasa dipaksa untuk menyertai program dan aktiviti PKG.

6. Sentiasa berbincang dengan guru berkenaan sebelum dan selepas program dan aktiviti PKG yang mereka sertai atau menerima laporan aktiviti.

7. Membimbing guru – guru berkenaan dalam membuat sebarang ‘homework’ atau ‘assignment’  sekembalinya dari menyertai program dan aktiviti di PKG supaya dapat pula diapplikasikan di sekolah mereka.

8. Memupuk kesedaran kepada guru berkenaan, kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

/////\\\\\

PERANAN JAWATANKUASA KERJA

1. BIRO LATIHAN DAN PENGHASILAN

A. merancang dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme guru – guru sekolah ahli dan pembangunan sumber PKG

B. mengenalpasti kakitangan sumber yang diperlukan untuk aktiviti latihan dan penghasilanbahan teknopen mengikut keperluan setempat.

C. Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi menentukan tindakan susulan.

2. BIRO PUSAT SUMBER SEKOLAH

A. Bekerjasama meningkatkan pengurusan dan penggunaan PSS sekolah ahli.

B. Merancang dan melaksana program aktiviti  PSS.

C. Memupuk budaya membaca.

D. Mewujudkan pakatan strategik dengan pelbagai agensi yang relevan.

E. Memupuk semangat bantu – membantu dan perkongsian sumber.

3. BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT

A. Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

B. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi maklumat.

C. Mengintegrasikan teknologi maklumat  dalam pengurusan dan penggunaa PSS.

4. BIRO SOSIAL DAN KEBAJIKAN

A. Memberi peluang guru – guru menjalankan aktiviti secara formal dan informal dengan terancang.

B. Menggunakan kemudahan rekreasi dan gotong – royong.

C. Mewujudkan hubungan dengan agensi – agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan sosial untuk kecemerlangan pendidikan setempat.

D. Menggunakan kepakaran daripada komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG.