PROGRAM

PKG adalah pemangkin untuk meransang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsafah Pendidikan Negara. PKG juga dijadikan pusat perkembangan profesional untuk guru-guru dan masyarakat setempat. Oleh itu PKG telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan beberapa program Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga program di peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan serta program perkongsian pintar antara agensi swasta dengan KPM.