Penggredan PSS

PENGGREDAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah dapat memainkan peranan penting sebagai nadi teknologi maklumat di sekolah, selaras dengan perkembangan yang pesat dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. PSS perlu mengatur strategi bagi mengintegrasikan komputer dan telekomunikasi dalam pengurusan, perkhidmatan dan penggunaan PSS. Penggredan PSS bertujuan melengkapkan prasarana PSS serta menumpukan elemen kualiti khususnya penawaran perkhidmatan dan penggunaan serta inovasi PSS bagi menangani globalisasi literasi maklumat.