Project ThinkQuest

ORACLE THINKQUEST SEBUAH PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAAYSIA

////\\\\\

PROJEK USAHA SAMA

ORACLE EDUCATION FOUNDATION

DENGAN

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BERSAMA

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

/////\\\\\

  • Satu aplikasi web untuk guru dan pelajar sekolah.
  • Ruangan rapi bagi guru mencadangkan projek pembelajaran, berkongsi dan mengajar kemahiran teknologi asas.
  • Dilindungi oleh nama pengguna dan kata laluan bersama perisisan untuk pemantauan bahan.

////\\\\\

PENGENALAN

Merupakan sebahagian daripada program Pembestarian Sekolah dengan mengenengahkan konsep pembel;ajaran bercorak Project-Based Learning.

Pembelajaran alaf baru, abad ke 21 di mana ia memberi penekanan kepada pembentukan budaya berkolaborasi dan berkomunikasi secara efektif dan terancang.

Projek Oracle Thinkquest merupakan pemangkin untuk memperkasakan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mampu merapatkan jurang digital antara pendidik dan pelajar di bandar mahupun luar bandar, di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Meningkatkan mutu pembelajaran melalui perkongsian ilmu secara kolaborasi maya tanpa sempadan.

/////\\\\\

PROJECT ORACLE THINKQUEST

  • Merupakan portal yang dikhususkan khas untuk guru dan pelajar bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Diberi secara percuma oleh Oracle Education Foundation.
  • Pelajar berpeluang membina laman web sendiri dengan memaparkan hasil kerja dan kreativiti mereka.
  • Pelajar juga dapat berhubung dan bertukar fikiran dengan pelajar lain melalui komuniti Thinkquest ( dalam negeri dan antarabangsa ).
  • Guru mempunyai aplikasi tambahan untuk mengawal dan mengemaskini bahan hasil pelajar.
  • Pertandingan projek antara sekolah di Malaysia dan pertandingan bertaraf antarabangsa bagi mereka cipta website berbentuk ilmiah disediakan bagi mengiktiraf penglibatan dan kreativiti.
  • Thinkquest mengandungi 4 bahagian asas dan kemudahan berkolaborasi.
  • Peralatan untuk membina web adalah ringkas dan mudah digunakan.
  • Guru dan pelajar digalak memuatlkan laman mereka dengan projek-projek pembelajaran.
  • Bahan hasil di Thinkquest dikaitan dengan nama setiap pembinanya.

/////\\\\\

Klik pautan di bawah untuk membuat muat turun:

VIDEO PENGENALAN PROJEK THINKQUEST

WEB THINKQUEST